Lompat ke kandungan

Perjumpaan Saksi-Saksi Yehuwa

Ketahui tentang perjumpaan kami. Carilah lokasi perjumpaan berhampiran anda.

Cari Lokasi Dekat Anda (membuka tetingkap baharu)

Apakah yang Berlaku semasa Perjumpaan Kami?

Saksi-Saksi Yehuwa mengadakan perjumpaan untuk beribadat dua kali seminggu. (Ibrani 10:24, 25) Perjumpaan kami terbuka kepada umum, dan kami mengkaji ajaran Bible dan cara menerapkannya dalam kehidupan.

Kebanyakan daripada kegiatan kami merangkumi penyertaan para hadirin, seperti perbincangan dalam sebuah kelas. Hadirin boleh mengambil bahagian secara sukarela. Perjumpaan bermula dan berakhir dengan lagu dan doa.

Anda boleh hadir meskipun anda bukan seorang Saksi-Saksi Yehuwa. Semua dialu-alukan. Masuk adalah percuma. Kami tidak mengenakan bayaran atau mengutip derma.