Lompat ke kandungan

Adakah Perjudian Satu Dosa?

Adakah Perjudian Satu Dosa?

Jawapan Bible

 Walaupun Bible tidak menjelaskan secara terperinci tentang perjudian, kita boleh lihat dalam prinsip Bible bahawa Tuhan memandang perjudian sebagai dosa.​—Efesus 5:​17. a

  •   Perjudian didorong oleh ketamakan. Tetapi Tuhan membenci ketamakan. (1 Korintus 6:9, 10; Efesus 5:3, 5) Orang yang berjudi berharap bahawa mereka dapat mengaut keuntungan daripada kerugian orang lain. Namun, Bible mengutuk orang yang menginginkan kepunyaan orang lain.​—Keluaran 20:17; Roma 7:7; 13:9, 10.

  •   Walaupun perjudian itu tidak melibatkan wang yang banyak, hal itu boleh membangkitkan perasaan cinta akan wang yang memudaratkan.​—1 Timotius 6:9, 10.

  •   Orang yang berjudi selalu bergantung pada kepercayaan karut atau nasib. Namun, Tuhan memandang kepercayaan ini sebagai penyembahan berhala yang bertentangan dengan penyembahan sejati.​—Yesaya 65:11.

  •   Bible menggalakkan orang untuk bekerja keras agar mendapatkan sesuatu. (Pengkhutbah 2:24; Efesus 4:28) Maka, mereka yang mengikut nasihat Bible berusaha untuk “mencari nafkah sendiri.”​—2 Tesalonika 3:10, 12, ABB.

  •   Perjudian boleh membangkitkan semangat persaingan yang tidak sihat, dan yang dikutuk oleh Bible.​—Galatia 5:26.

a Di dalam Bible, perjudian hanya dilakukan oleh askar Roma yang “membuang undi,” (atau “berjudi”) untuk pakaian Yesus.​—Matius 27:35; Yohanes 19:23, 24.