Lompat ke kandungan

Apakah yang Akan Dilakukan Kerajaan Tuhan?

Apakah yang Akan Dilakukan Kerajaan Tuhan?

Jawapan Bible

 Kerajaan Tuhan akan menggantikan semua kerajaan manusia dan memerintah seluruh bumi. (Daniel 2:44; Wahyu 16:14) Ketika itu, Kerajaan Tuhan akan . . .

  •   Melenyapkan orang jahat, kerana sifat mementingkan diri mereka menyusahkan kita semua. “Orang jahat akan dilenyapkan dari bumi.”—Amsal 2:22.

  •   Menamatkan semua peperangan. “Tuhan menghentikan peperangan di seluruh dunia.”—Mazmur 46:9.

  •   Mendatangkan kemakmuran dan keamanan kepada bumi. “Semua orang akan hidup aman di ladang anggur dan kebun ara mereka; tiada sesiapa pun akan menakutkan mereka.”—Mikha 4:4, Alkitab Berita Baik.

  •   Menjadikan bumi ini firdaus. “Gurun dan bumi yang kontang akan bergirang, gurun akan bergembira dan berbunga.”—Yesaya 35:1, Alkitab Versi Borneo.

  •   Menyediakan pekerjaan yang bermakna dan menggembirakan untuk semua. “Umat pilihan [Tuhan] akan menikmati hasil kerja mereka dengan sepuas-puasnya. Mereka tidak akan berjerih lelah dengan sia-sia.”—Yesaya 65:21-23.

  •   Menghilangkan penyakit. “Tiada sesiapa pun di negeri itu yang akan berkata, ‘Aku sakit.’”—Yesaya 33:24.

  •   Membolehkan kita menjadi muda selama-lamanya. “Biarlah tubuhnya menjadi lebih segar daripada tubuh orang muda; biarlah dia menjadi kuat dan perkasa semula, seperti pada masa mudanya.”—Ayub 33:25.

  •   Menghidupkan orang mati. “Semua orang di dalam makam peringatan akan mendengar suara [Yesus] lalu keluar.”—Yohanes 5:28, 29.