Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

LAMAN WEB JW.ORG

Tonton Video di JW.ORG

Tonton Video di JW.ORG

Tonton sebuah video atau semua video dalam satu koleksi. Jeda, gulung semula, atau laju ke depan.

 Cari dan Mainkan Sebuah Video

Pergi ke PERPUSTAKAAN > VIDEO untuk melihat semua video yang ada, termasuk video yang dirakam di studio Siaran JW kami.

Pilih satu kategori video.

Dalam satu kategori, setiap tajuk kecil melambangkan satu koleksi video. Untuk melihat lebih banyak video dalam satu koleksi, tekan anak panah ke kiri atau ke kanan atau klik butang Lihat Semua.

Tonton atau kongsi sebuah video dengan menggunakan salah satu kaedah berikut:

  • Klik butang Main di pemain video.

  • Klik butang Muat Turun untuk simpan video di komputer atau alat mudah alih. (Perhatian: Sesetengah alat mudah alih memerlukan aplikasi tambahan untuk muat turunkan fail. Jika anda sudah memasang aplikasi JW Library di alat mudah alih anda, kami mencadangkan supaya anda menggunakannya untuk video yang anda ingin muat turun dan mainkan luar talian.)

  • Klik butang Kongsikan untuk hantar pautan video kepada orang lain. Untuk butiran lanjut, sila lihat “Kongsi Pautan untuk Sebuah Rencana, Video, atau Bahan Bacaan.”

  • Untuk menonton video dalam bahasa lain, sila pilih bahasa yang anda mahu daripada senarai Bahasa bersebelahan tajuk video.

 Mainkan Semua Video dalam Satu Kategori atau Koleksi

Klik butang Rombak pada halaman kategori video untuk mainkan semua video dalam kategori secara rambang.

Terdapat dua cara untuk menonton semua video dalam satu koleksi mengikut kategori:

  • Klik butang Mainkan Semua bersebelahan satu koleksi video untuk mainkan semua video dalam koleksi itu mengikut susunan pada halaman.

  • Klik butang Rombak bersebelahan satu koleksi video untuk mainkan semua video dalam koleksi itu secara rambang.

Perhatian: Video akan berhenti apabila semua video dalam kategori atau koleksi telah dimainkan.

 Kawalan Video

Kawal video seperti berikut:

  • Klik butang Skrin Penuh pada bar pemain video untuk memulakan atau menghentikan mod skrin penuh.

  • Klik butang Jeda untuk menghentikan video buat seketika.

  • Klik butang Main untuk sambung main.

  • Seret Penunjuk Main ke depan atau belakang untuk mainkan bahagian lain video tersebut.

  • Klik butang Kelantangan dan luncurkan penunjuk untuk ubah kelantangan. Pada alat mudah alih, anda juga boleh menggunakan butang audio alat itu.

 Ubah Tetapan Video

Klik butang Tetapan dan pilih resolusi yang anda mahu. (Perhatian: Ciri ini tidak disokong oleh sesetengah pelayar.)

Apakah maksud angka-angka itu? Nombor yang lebih besar melambangkan kualiti video yang lebih tinggi, dan memerlukan sambungan Internet yang lebih cepat. Pilih resolusi yang paling baik untuk kelajuan Internet, saiz skrin, dan perbelanjaan anda.

Jadual berikut menjelaskan setiap resolusi video:

Resolusi

Penjelasan

240p

Kualiti paling rendah. Bagus untuk skrin alat mudah alih yang kecil.

360p

Kualiti rendah. Bagus untuk skrin alat mudah alih yang kecil.

480p

Definisi biasa. Bagus untuk tablet, monitor komputer, dan skrin TV definisi biasa.

720p

Definisi tinggi (HD). Bagus untuk monitor komputer dengan resolusi skrin sekurang-kurangnya 1024 x 768 atau pada sebuah HDTV dengan resolusi sekurang-kurangnya 1280 x 720.

Perlukah saya ubah resolusi video? Jika sambungan Internet anda lambat dan anda mendapati bahawa video asyik terhenti atau tersentak-sentak, adalah baik untuk menggunakan video dengan resolusi yang lebih rendah. Tetapkan resolusi pada angka tertinggi yang paling bagus untuk komputer atau alat yang anda gunakan. Anda juga boleh memilih tetapan yang lebih rendah jika anda perlu menjimat wang yang digunakan untuk data Internet.

Klik butang Sari Kata untuk memaparkan atau menutup sari kata dalam bahasa yang sama dengan video.

Perhatian: Sari kata tidak disediakan untuk sesetengah video.