Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

SIARAN JW

Soalan Lazim​—Siaran JW (Apple TV)

Soalan Lazim​—Siaran JW (Apple TV)

Mungkin istilah carian anda tidak tepat. (Sila lihat panduan Memasang Aplikasi Siaran JW pada Apple TV.) Atau, peranti anda mungkin tidak disokong. Siaran JW disokong untuk Apple TV (generasi ke-4).

 

Siaran JW disokong untuk Apple TV (generasi ke-4 dan yang lebih baharu).

Jika anda mempunyai komputer Apple atau alat mudah alih Apple dan Apple TV yang lebih lama, anda boleh menggunakan AirPlay untuk menonton video pada televisyen anda.

 

Lihat senarai bahasa yang disediakan untuk Apple TV. Untuk tukar ke bahasa lain, pergi ke Tetapan di laman utama dan gunakan opsyen Select a Language (Pilih Satu Bahasa).

 

Anda boleh memuat turun dan menggunakan aplikasi Siaran JW secara percuma.

 

Kali pertama anda menggunakan Apple ID anda untuk memasuki salah satu Apple Store (iTunes Store, App Store, atau iBooks Store), anda akan disuruh untuk menyatakan cara pembayaran yang akan dibuat. Hal ini kerana bukan semua kandungan di Apple Store adalah percuma.

Jika anda tidak mahu cara pembayaran itu dihubungkan kepada Apple ID anda, sila ikut langkah-langkah di bahagian bantuan di laman Apple.

 

Anda boleh meminta bantuan daripada seorang kawan yang mahir menggunakan Apple TV atau Siaran JW. Jika soalan anda berkaitan dengan akaun atau alat Apple TV anda, sila layari bahagian bantuan di laman web Apple. Jika masalah anda berkaitan dengan aplikasi Siaran JW, sila hubungi pejabat cawangan kami yang terdekat.