Lompat ke kandungan

Saudara saudari yang membantu dalam kerja pengubahsuaian di Bethel Korea

7 OGOS 2023
KOREA SELATAN

Kerja Pengubahsuaian Telah Selesai di Bethel Korea

Projek selama Setahun Melatih Sukarelawan untuk Kerja Pembinaan di Serata Dunia

Kerja Pengubahsuaian Telah Selesai di Bethel Korea

Pada 30 April 2023, kerja pengubahsuaian di bangunan kediaman cawangan Korea telah disiapkan. Bangunan tersebut telah digunakan sejak 30 tahun lalu. Pengubahsuaian telah dibuat untuk 62 buah bilik kediaman dan ruang makan Bethel. Tujuannya adalah untuk menjadikan bangunan lebih selamat, selesa, dan jimat tenaga. Seramai 71 daripada 170 saudara saudari yang membantu dalam projek ini tidak pernah menyertai kerja pembinaan teokratik sebelum ini. Selepas menerima latihan dan melakukan kerja pengubahsuaian bagi projek ini, lebih daripada 40 sukarelawan kini layak membantu dalam projek pembinaan di negara lain.

Para saudari melakukan pelbagai tugasan semasa projek pengubahsuaian ini

Saudari Kim Ha-yeon

Saudari Kim Ha-yeon menyatakan, “Saya berterima kasih kerana latihan yang diberikan semasa projek pengubahsuaian cawangan Korea. Semuanya dilakukan dengan teratur, dan saya juga dapat guna kemahiran baharu untuk membantu dalam projek pembinaan di Indonesia.”

Saudara Lee Myong-Hoon

Saudara Lee Myong-Hoon, salah seorang sukarelawan dalam projek di cawangan Korea, berkata, “Saya telah belajar banyak kemahiran yang berguna. Tugasan saya memang mencabar. Tapi, garis panduan keselamatan dan latihan yang diberikan telah membantu saya melakukan kerja saya.” Sekarang, Saudara Lee sedang menikmati projek pembinaan di Filipina.

Sebuah bilik yang baru diubah suai di cawangan Korea

Kita berasa gembira kerana projek pengubahsuaian cawangan Korea telah selesai. Kita ingat akan kerja keras semua yang terlibat, termasuk mereka yang kini membantu dalam projek lain. ‘Perbuatan mereka yang didorong oleh iman, dan kerja keras mereka yang didorong oleh kasih’ membuat hati kita melimpah dengan rasa syukur.—1 Tesalonika 1:3.