Lompat ke kandungan

Saudara Dennis Christensen dibawa ke Mahkamah Daerah Zheleznodorozhniy di Oryol

31 JULAI 2019
RUSIA

MAKLUMAT TERKINI—Saudara Dennis Christensen Terus Bertabah walaupun Harus Menjalani Hukuman Penjara

MAKLUMAT TERKINI—Saudara Dennis Christensen Terus Bertabah walaupun Harus Menjalani Hukuman Penjara

Pada 6 Jun 2019, iaitu dua minggu selepas rayuan Saudara Dennis Christensen ditolak, Saudara Dennis dipindahkan dari Oryol ke Penjara No. 3 di bandar Lgov. Lgov terletak kira-kira 200 kilometer dari Oryol, iaitu tempat tinggal keluarga dan kawan-kawan Saudara Dennis.

Semasa Saudara Dennis sampai di penjara di Lgov, dia dihina berkali-kali untuk melemahkan tekadnya. Namun, Saudara Dennis terus bergantung pada Yehuwa dan dia menjadi sangat kuat dan berani.—1 Petrus 5:10.

Di Finland (kiri ke kanan): Saudara Mark Sanderson, salah seorang ahli Badan Pimpinan, Saudari Irina Christensen, dan Saudara Tommi Kauko dari Finland

Sejak Saudara Dennis ditangkap dan ditahan, saudara saudari telah membantu dan menyokong isterinya, Saudari Irina. Pada bulan Jun, Saudara Mark Sanderson, salah seorang ahli Badan Pimpinan, dan saudara-saudara terlantik yang lain berjumpa dengan Saudari Irina di Finland untuk menggalakkannya.

Saudara Dennis kini sudah dipenjarakan di Lgov selama lebih daripada sebulan. Baru-baru ini, Saudari Irina diizinkan untuk bercakap kepadanya melalui telefon sekali sehari. Dia juga diizinkan untuk melawatnya di penjara.

Saudari Irina membaca semula surat yang menggalakkan daripada Saudara Dennis

Biarpun Saudara Dennis dan Saudari Irina telah menghadapi dugaan yang besar semenjak Saudara Dennis ditangkap dua tahun yang lalu, mereka tetap berteguh dan tetap bersukacita. Menurut Saudari Irina, dia sangat menghargai surat yang diterimanya daripada Saudara Dennis tiap-tiap minggu. Dalam salah satu suratnya, Saudara Dennis menulis, “Kunci kejayaan ialah sikap yang positif dan kita mempunyai banyak sebab untuk bersukacita.” Dia juga menulis, “Salah satu sebab kita wujud di bumi adalah untuk menjunjung kedaulatan Yehuwa. Perjalanan kita jauh dan kita masih belum meraih kemenangan. Tetapi saya yakin seratus peratus bahawa pada akhirnya, kita akan meraih kemenangan.”

Pada 21 Julai, semasa konvensyen antarabangsa di Denmark, Saudara Lett, iaitu salah seorang ahli Badan Pimpinan, membaca sebahagian daripada surat Saudara Dennis. Suratnya berbunyi, “Saya berharap saya dapat bersama-sama kamu semua, tetapi pada masa ini, hal itu agak mustahil kerana tugasan saya masih belum selesai. Tetapi pada masa depan, hal itu akan menjadi kenyataan, dan saya tidak sabar-sabar menantikan hal itu.”

Semasa Paulus ditahan di Roma, dia menulis, “Aku selalu bersyukur kepada Tuhanku semasa aku teringat akan kamu. Setiap kali aku merayu kepada Tuhan bagi kamu semua, aku merayu dengan sukacita, . . . kerana kamu sentiasa dekat di hatiku. Seperti aku, kamu juga menikmati kebaikan hati yang unggul dengan menyokong aku semasa aku dibelenggu di dalam penjara, semasa aku mempertahankan berita baik, dan semasa aku berusaha untuk memperoleh hak yang sah di sisi undang-undang untuk menyebarkan berita baik.”—Filipi 1:3, 4, 7.