Ezra 5:1-17

  • Orang Yahudi meneruskan kerja pembinaan Rumah Tuhan (1-5)

  • Surat Tatenai kepada Raja Darius (6-17)

5  Nabi Hagai+ dan Zakharia+ cucu Ido+ menyampaikan nubuat kepada orang Yahudi yang berada di Yehuda dan Yerusalem. Mereka bernubuat dengan nama Tuhan orang Israel, iaitu Tuhan yang menyertai mereka.  Pada waktu itu, Zerubabel+ anak Sealtiel dan Yeshua+ anak Yehozadak meneruskan pembinaan Rumah Tuhan+ di Yerusalem. Nabi-nabi Tuhan menyertai mereka dan menolong mereka.+  Pada masa itu juga, Tatenai, iaitu gabenor di wilayah seberang Sungai Efrat,* bersama Syetar-bozenai dan rakan-rakan mereka datang berjumpa dengan orang Yahudi. Mereka bertanya kepada orang Yahudi, “Siapakah yang memerintah kamu untuk membina rumah ini dan menyelesaikan pembinaannya?”*  Mereka juga bertanya, “Siapakah nama-nama orang yang membina rumah ini?”  Oleh sebab Tuhan memperhatikan para pemimpin orang Yahudi,+ Tatenai dan rakan-rakannya tidak menghalang kerja orang Yahudi sebelum menghantar laporan kepada Darius dan mendapat surat rasmi daripadanya berkenaan hal ini.  Tatenai, iaitu gabenor di wilayah seberang Sungai Efrat, dan Syetar-bozenai serta rakan-rakannya, iaitu pembantu pegawai di wilayah seberang Sungai Efrat, mengirim surat kepada Raja Darius.  Mereka menghantar laporan kepadanya, dan inilah apa yang dicatatkan oleh mereka dalam surat itu: “Kepada Raja Darius: “Salam sejahtera!  Hendaklah tuanku maklum bahawa hamba sekalian telah pergi ke Rumah Tuhan yang agung di wilayah Yehuda. Hamba sekalian mendapati bahawa rumah itu sedang dibina dengan batu-batu yang besar, dan temboknya dilapisi dengan kayu. Kerja pembinaan rumah itu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan berjalan dengan lancar.  Kemudian kami bertanya kepada para pemimpin mereka, ‘Siapakah yang memerintah kamu untuk membina rumah ini dan menyelesaikan pembinaannya?’*+ 10  Kami juga menanyakan nama mereka supaya kami dapat mencatatkan nama mereka dan memberitahu tuanku siapa yang memimpin mereka. 11  “Inilah jawapan mereka: ‘Kami ialah hamba-hamba kepada Tuhan yang berkuasa atas syurga dan bumi. Bertahun-tahun yang lalu, seorang raja Israel yang agung telah membina dan menyiapkan rumah ini. Sekarang kami sedang membina semula rumah ini+ 12  kerana Raja Nebukadnezar+ dari Babilon, iaitu orang Kasdim, telah memusnahkan rumah ini.+ Dia juga telah menawan penduduk di sini dan membawa mereka ke Babilon.+ Hal ini berlaku kerana nenek moyang kami telah membangkitkan kemurkaan Tuhan yang berkuasa atas syurga.+ 13  Tetapi pada tahun pertama pemerintahan Raja Kores, raja Babilon, baginda memberikan perintah untuk membina semula rumah ini.+ 14  Lagipun, Raja Kores telah mengeluarkan perkakas emas dan perkakas perak dari kuil di Babilon,+ lalu menyerahkannya kepada Sesbazar,*+ iaitu gabenor yang dilantiknya.+ Perkakas-perkakas itu telah diambil oleh Nebukadnezar dari Rumah Tuhan di Yerusalem. 15  Kores berkata kepada Sesbazar, “Bawalah semua perkakas ini ke Yerusalem, dan simpanlah semuanya di dalam Rumah Tuhan. Binalah semula Rumah Tuhan di tempat asalnya.”+ 16  Oleh itu, Sesbazar pergi ke Yerusalem dan meletakkan asas Rumah Tuhan di sana.+ Sejak masa itu, kerja pembinaan rumah itu terus dijalankan, tetapi belum selesai sehingga sekarang.’+ 17  “Jika tuanku berkenan, suruhlah orang untuk memeriksa perbendaharaan* kerajaan di Babilon, agar tuanku dapat mengetahui sama ada Raja Kores benar-benar telah mengeluarkan perintah untuk membina semula Rumah Tuhan di Yerusalem atau tidak.+ Kemudian, beritahulah hamba sekalian keputusan tuanku berkenaan hal ini.”

Nota Kaki

Lihat nota kaki bagi Ez 4:10.
Atau “dan mendirikan tiang-tiangnya?”
Atau “dan mendirikan tiang-tiangnya?”
Mungkin merujuk kepada Zerubabel di Ez 2:2; 3:8.
Atau “arkib.”