Mazmur 35:1-28

  • Doa untuk diselamatkan daripada musuh

    • Musuh diusir (5)

    • Memuji Tuhan dalam kalangan orang ramai (18)

    • Dibenci tanpa sebab (19)

Mazmur yang digubah oleh Daud. 35  Ya Yehuwa, belalah perkaraku di hadapan para penentangku;+Lawanlah orang yang melawan aku.+   Ambillah perisai-perisai-Mu yang besar dan kecil,+Dan datanglah untuk mempertahankan aku.+   Angkatlah tombak dan kapak perang-Mu untuk menentang orang yang mengejar aku.+ Katakanlah kepadaku, “Aku ialah penyelamatmu.”+   Biarlah orang yang mencuba membunuh aku, dihina dan diaibkan;+ Biarlah orang yang berkomplot untuk membinasakan aku, berundur dan dimalukan.   Ya Yehuwa, biarlah malaikat-Mu mengusir mereka;Biarlah mereka semua menjadi seperti sekam yang ditiup angin.+   Ya Yehuwa, ketika malaikat-Mu mengejar mereka,Biarlah jalan mereka menjadi gelap dan licin.   Tanpa sebab, mereka telah memasang jaring untuk memerangkap aku;Tanpa sebab, mereka telah menggali lubang untuk menangkap aku.   Biarlah mereka ditimpa bencana secara tiba-tiba;Biarlah mereka dijerat oleh jaring yang dipasang oleh mereka sendiri;Biarlah mereka jatuh ke dalamnya dan dibinasakan.+   Tetapi aku akan bersukacita kerana-Mu, ya Yehuwa;Aku akan bergembira kerana Engkau telah menyelamatkan aku. 10  Dengan sepenuh hati, aku akan berkata, “Ya Yehuwa, siapakah yang dapat menandingi-Mu? Engkau menyelamatkan orang yang lemah daripada orang yang kuat;+Engkau membebaskan orang yang miskin dan orang yang ditindas daripada orang yang merompak mereka.”+ 11  Saksi-saksi yang jahat bangkit untuk melawan aku;+Mereka menuduh aku tentang perkara yang tidak aku ketahui. 12  Mereka membalas kebaikanku dengan kejahatan;+Mereka menyebabkan aku hilang harapan. 13  Semasa mereka sakit, aku berdukacita;Aku memakai kain guni dan berpuasa.Apabila doaku bagi pihak mereka tidak dijawab, 14  Aku berkabung seperti orang yang menangisi kematian sahabat atau saudaranya;Aku menundukkan kepalaku kerana bersedih seperti orang yang meratapi kematian ibunya. 15  Namun semasa aku berada dalam kesusahan, mereka bergembira dan berkumpulUntuk menyerang aku secara sembunyi-sembunyi;Mereka tidak berdiam diri, sebaliknya mereka terus-menerus memfitnah aku. 16  Ya Tuhan, orang yang tidak menghormati-Mu mencela aku;*Mereka menggertakkan gigi kerana mereka marah terhadapku.+ 17  Ya Yehuwa, sampai bilakah Engkau akan membiarkan aku begini?+ Selamatkanlah aku daripada serangan mereka; peliharalah nyawaku yang berharga.+Janganlah biarkan aku dicederakan oleh singa-singa itu.+ 18  Lalu aku akan bersyukur kepada-Mu dalam kalangan perhimpunan* yang besar;+Aku akan memuji-Mu dalam kalangan orang ramai yang berkumpul bersama. 19  Janganlah biarkan orang yang memusuhi aku tanpa sebab bergembira atas kesusahanku;Janganlah biarkan orang yang membenci aku tanpa sebab mentertawakan aku.*+ 20  Mereka tidak suka mengucapkan kata-kata yang membawa perdamaian,Sebaliknya mereka merancang untuk memperdayakan orang yang mencintai kedamaian.+ 21  Mereka membuka mulut untuk mencemuh aku.Mereka berkata, “Ha, rancangan kami sudah berjaya!” 22  Ya Yehuwa, Engkau melihat semua ini. Janganlah terus berdiam diri.+ Ya Yehuwa, janganlah jauhkan diri-Mu daripadaku.+ 23  Bangkitlah dan tegakkanlah keadilan bagiku;Ya Yehuwa, Tuhanku, tolonglah aku dan belalah perkaraku. 24  Ya Yehuwa, Tuhanku, hakimilah aku menurut keadilan-Mu.+Janganlah biarkan mereka bergembira atas kesusahanku. 25  Janganlah biarkan mereka berkata, “Ha, itulah yang kami mahu selama ini!” Janganlah biarkan mereka berkata, “Ya, kami sudah menghancurkan dia!”+ 26  Biarlah orang yang bersukacita atas kesusahanku dihina;Biarlah mereka semua dimalukan. Ya, biarlah mereka yang meninggikan diri diliputi perasaan aib dan malu. 27  Tetapi biarlah orang yang ingin aku dinyatakan benar bersorak dengan gembira;Biarlah mereka selalu berkata, “Semoga Yehuwa dimuliakan, kerana Dia senang hati melihat hamba-Nya hidup makmur!”+ 28  Aku akan menceritakan* perbuatan-Mu yang adil dan benar,+Dan aku akan memuji-Mu sepanjang hari.+

Nota Kaki

Atau mungkin, “mencela aku kerana ingin mendapat sedikit makanan.”
Atau “sidang.” Lihat Kamus.
Atau “mengenyitkan mata mereka terhadapku.” Dilakukan untuk mempersendakan seseorang.
Atau “merenungkan.”