Lompat ke kandungan

Adakah Saksi-Saksi Yehuwa Yakin bahawa Mereka Menganuti Satu-satunya Agama yang Benar?

Adakah Saksi-Saksi Yehuwa Yakin bahawa Mereka Menganuti Satu-satunya Agama yang Benar?

 Orang yang mementingkan agama semestinya yakin bahawa mereka menganuti agama yang diperkenan oleh Tuhan dan Yesus. Jika tidak, buat apa mereka menganutinya?

 Yesus Kristus tidak berpendapat bahawa semua agama, atau jalan, akan membawa penyelamatan. Sebaliknya, dia berkata, “Pintu dan jalan yang menghala ke hidup sejati itu sempit dan susah. Hanya sedikit orang yang mendapati jalan itu.” (Matius 7:14) Saksi-Saksi Yehuwa percaya bahawa mereka telah menemui jalan itu. Jika tidak, mereka akan mengikut agama yang lain.