Lompat ke kandungan

Mengapakah Saksi-Saksi Yehuwa Tidak Menerima Transfusi Darah?

Mengapakah Saksi-Saksi Yehuwa Tidak Menerima Transfusi Darah?

Beberapa sangkaan orang

Sangkaan: Saksi-Saksi Yehuwa tidak percaya dengan penggunaan ubat atau rawatan perubatan.

 Jawapan: Kami menginginkan rawatan perubatan yang terbaik untuk diri sendiri serta keluarga. Semasa menghadapi masalah kesihatan, kami akan berjumpa dengan doktor pakar yang boleh menyediakan rawatan dan pembedahan tanpa darah. Kami menghargai kemajuan yang telah dibuat dalam bidang perubatan. Sebenarnya, rawatan tanpa darah yang dikembangkan untuk membantu pesakit yang merupakan Saksi-Saksi Yehuwa kini digunakan oleh pesakit lain. Dewasa ini, para pesakit di kebanyakan negara juga boleh memilih untuk mengelakkan risiko transfusi darah seperti penyakit bawaan darah, tindak balas sistem imun, dan juga kesilapan manusia.

Sangkaan: Saksi-Saksi Yehuwa percaya bahawa iman boleh menyembuhkan penyakit seseorang.

 Jawapan: Kami tidak percaya akan hal ini.

Sangkaan: Rawatan tanpa transfusi darah sangat mahal.

 Jawapan: Rawatan perubatan yang tidak menggunakan transfusi darah lebih menjimatkan. a

Sangkaan: Ramai Saksi-Saksi, termasuk kanak-kanak, mati setiap tahun kerana tidak menerima transfusi darah.

 Jawapan: Pernyataan ini langsung tidak berasas. Pakar bedah selalu melakukan pembedahan rumit seperti pembedahan jantung, pembedahan ortopedik, dan pemindahan organ tanpa transfusi darah. b Tahap penyembuhan para pesakit, termasuk kanak-kanak yang tidak menerima transfusi darah biasanya lebih tinggi atau sama dengan mereka yang menerima transfusi darah. c Dalam apa jua keadaan, tidak seorang pun boleh mengatakan dengan pasti bahawa seorang pesakit akan mati kerana menolak transfusi darah, atau dia akan hidup kerana menerima transfusi darah.

Mengapakah Saksi-Saksi Yehuwa tidak menerima transfusi darah?

Pembedahan yang rumit berjaya dilakukan tanpa transfusi darah

 Ini adalah soal agama bukannya soal perubatan. Perjanjian Lama dan Perjanjian Baharu dalam Bible dengan jelas memerintahkan kita untuk menjauhkan diri daripada darah. (Kejadian 9:4; Imamat 17:10; Ulangan 12:23; Kisah 15:28, 29) Tuhan memandang darah sebagai lambang kehidupan. (Imamat 17:14) Oleh itu, dengan menjauhkan diri daripada darah, kita bukan sahaja mentaati Tuhan tetapi juga menunjukkan hormat kepada-Nya sebagai Pemberi kehidupan.

Perubahan dalam pandangan

 Dahulunya, para doktor secara umum memandang kaedah rawatan tanpa darah ini sebagai tindakan keterlaluan ataupun membunuh diri. Tetapi, dalam peredaran masa pandangan mereka telah berubah. Sebagai contoh, pada tahun 2004, rencana yang diterbitkan dalam sebuah majalah perubatan mengatakan, “Kebanyakan daripada cara-cara yang telah dikembangkan untuk kegunaan pesakit Saksi-Saksi Yehuwa akan menjadi amalan perubatan bagi masa depan.” d Pada tahun 2010, sebuah rencana bertajuk, “Heart, Lung and Circulation” mengatakan, “‘Pembedahan tanpa darah’ bukan sahaja akan terhad kepada Saksi-Saksi Yehuwa, tetapi patut menjadi sebahagian daripada amalan pakar bedah.”

 Ribuan doktor di seluruh negara sedang menggunakan teknik yang dapat mengurangkan kehilangan darah semasa melakukan pembedahan rumit tanpa darah. Alternatif transfusi darah seperti itu mendapat permintaan daripada pesakit bukan Saksi Yehuwa dan juga sedang digunakan di negara-negara yang sedang membangun.

a Lihat Transfusion and Apheresis Science, Volume 33, No. 3, p. 349.

b Lihat The Journal of Thoracic and Cardiovascular Surgery, Volume 134, No. 2, pp. 287-288; Texas Heart Institute Journal, Volume 38, No. 5, p. 563; Basics of Blood Management, p. 2; and Continuing Education in Anaesthesia, Critical Care & Pain, Volume 4, No. 2, p. 39.

c Lihat The Journal of Thoracic and Cardiovascular Surgery, Volume 89, No. 6, p. 918; and Heart, Lung and Circulation, Volume 19, p. 658.

d Continuing Education in Anaesthesia, Critical Care & Pain, Volume 4, No. 2, page 39.