Lompat ke kandungan

Buku Wahyu—Apakah Maksudnya?

Buku Wahyu—Apakah Maksudnya?

Jawapan Bible

 Perkataan Yunani bagi nama buku Wahyu ialah A·po·kaʹly·psis (Bahasa Inggeris: apocalypse) yang bermaksud “Mendedahkan” atau “Menyingkapkan.” Jadi buku Wahyu mendedahkan hal-hal yang telah dirahsiakan dan menyingkapkan peristiwa yang akan berlaku pada masa depan. Banyak nubuat dalam buku Wahyu belum lagi menjadi kenyataan.

Gambaran keseluruhan buku Wahyu

Cara untuk memahami buku Wahyu

  1.   Mesej dalam buku Wahyu membawa harapan kepada orang yang menyembah Tuhan. Ramai orang mungkin berasa takut kerana mengaitkan perkataan apocalypse dengan Hari Kiamat. Tetapi kata-kata di awal dan akhir buku Wahyu mengatakan bahawa orang yang membaca, memahami, dan bertindak selaras dengan mesejnya akan bahagia.​—Wahyu 1:3; 22:7.

  2.   Buku Wahyu menggunakan banyak lambang atau simbol yang tidak patut ditafsirkan secara harfiah.​—Wahyu 1:1.

  3.   Banyak watak dan lambang utama dalam buku Wahyu telah dijelaskan dalam buku-buku Bible sebelumnya:

  4.   Penglihatan-penglihatan itu berkaitan dengan “hari Tuan,” yang bermula apabila Kerajaan Tuhan ditubuhkan pada tahun 1914 dan Yesus mula memerintah sebagai raja. (Wahyu 1:​10) Oleh itu, nubuat-nubuat dalam buku Wahyu akan menjadi kenyataan pada zaman kita.

  5.   Untuk memahami buku Wahyu, caranya sama seperti cara memahami buku-buku Bible lain, iaitu kita memerlukan kebijaksanaan Tuhan dan bantuan orang yang sudah memahaminya.​—Kisah 8:​26-​39; Yakobus 1:5.