Adakah Yesus Mesias yang Dinubuatkan?
Jawapan Bible
Ya. Semasa Yesus di bumi, dia telah menggenapi banyak nubuat tentang seorang “Pemimpin yang digelar Mesias” yang bakal menjadi “Penyelamat dunia.” (Daniel 9:25; 1 Yohanes 4:14) Bahkan selepas kematiannya, Yesus terus menggenapi nubuat-nubuat tentang Mesias.—Mazmur 110:1; Kisah 2:34-36.
Apakah maksud “Mesias”?
Kedua-dua istilah Ibrani Ma·shiʹach (Mesias) dan padanan kata Yunani Khri·stos (Kristus) bermaksud “Individu Yang Terurap.” Maka, “Yesus Kristus” sebenarnya bermaksud “Yesus Yang Terurap,” atau “Yesus ialah Mesias.”
Pada zaman Bible, minyak akan dituangkan ke atas kepala seseorang yang diurapi atau dilantik untuk menjalankan tugas yang istimewa. (Imamat 8:12; 1 Samuel 16:13) Yesus dilantik oleh Tuhan untuk menjadi Mesias, dan diberi kuasa yang besar. (Kisah 2:36) Namun, Tuhan mengurapi Yesus bukan dengan menggunakan minyak, tetapi melalui kuasa suci-Nya.—Matius 3:16.
Mungkinkah nubuat-nubuat tentang Mesias menjadi kenyataan melalui lebih daripada satu orang?
Tidak. Sebagaimana cap jari manusia digunakan untuk mengenal pasti identiti seorang individu sahaja, penggenapan nubuat Bible menunjukkan bahawa hanya satu orang sahaja yang merupakan Mesias, atau Kristus. Namun, Bible memberi amaran bahawa “Kristus palsu dan nabi palsu akan muncul. Mereka akan melakukan keajaiban dan mukjizat yang hebat agar dapat menyesatkan orang. Jika mungkin, mereka bahkan ingin menyesatkan umat Tuhan yang terpilih.”—Matius 24:24.
Adakah Mesias akan muncul pada masa depan?
Tidak. Nubuat Bible menjelaskan bahawa Mesias akan dilahirkan melalui garis keturunan Raja Daud di Israel. (Mazmur 89:3, 4) Namun, catatan salasilah orang Yahudi dari keluarga Daud sudah hilang, nampaknya catatan tersebut telah dimusnahkan apabila orang Roma menakluki Yerusalem pada 70 M. a Sejak masa itu, tiada sesiapa pun yang dapat membuktikan bahawa dia seorang keturunan Raja Daud. Bandingkan hal ini dengan zaman Yesus. Walaupun catatan salasilah tersebut memang wujud pada masa itu, bahkan musuh Yesus pun tidak berjaya menafikan bahawa Yesus ialah keturunan Daud.—Matius 22:41-46.
Berapakah jumlah nubuat tentang Mesias yang tercatat dalam Bible?
Memang mustahil untuk mengetahui dengan pasti jumlah bilangan nubuat tentang Mesias dalam Bible. Contohnya, cara untuk menghitung jumlah nubuat tentang Mesias mungkin berbeza-beza. Catatan di Yesaya 53:2-7 menyebutkan beberapa nubuat tentang Mesias. Sesetengah orang mungkin menganggap seluruh catatan itu sebagai satu nubuat, manakala ada pula yang menganggap setiap aspek nubuat itu secara berasingan.
Beberapa nubuat tentang Mesias yang menjadi kenyataan melalui Yesus
Nubuat |
Tercatat di |
Penggenapan |
---|---|---|
Keturunan Abraham |
||
Keturunan Ishak, anak Abraham |
||
Berasal dari suku Yehuda di Israel |
||
Keturunan Raja Daud |
||
Dilahirkan oleh seorang anak dara |
||
Dilahirkan di Betlehem |
||
Diberi nama Imanuel b |
||
Permulaan kehidupan yang sederhana |
||
Anak-anak kecil dibunuh selepas kelahirannya |
||
Dipanggil keluar dari Mesir |
||
Dikenali sebagai orang Nasaret c |
||
Didahului seorang utusan |
||
Diurapi sebagai Mesias pada 29 M d |
||
Tuhan mengakuinya sebagai anak sendiri |
||
Bersemangat untuk rumah Tuhan |
||
Menyebarkan berita baik |
||
Kerja penyebarannya bagaikan cahaya yang gemilang di kawasan Galilea |
||
Melakukan mukjizat seperti Musa |
||
Menyampaikan perintah Tuhan seperti Musa |
||
Menyembuhkan ramai orang yang sakit |
||
Tidak menarik perhatian kepada diri sendiri |
||
Berbelas kasihan terhadap mereka yang menderita |
||
Menyingkapkan keadilan Tuhan |
||
Penasihat Bijaksana |
||
Mengumumkan nama Yehuwa |
||
Mengucapkan perumpamaan |
||
Seorang Pemimpin |
||
Ramai orang tidak mempercayainya |
||
Menjadi batu sandungan |
||
Ditolak orang ramai |
||
Dibenci tanpa sebab |
||
Disambut ramai semasa menunggang keldai memasuki Yerusalem |
||
Dipuji oleh kanak-kanak |
||
Datang atas nama Yehuwa |
||
Dikhianati oleh sahabat yang dipercayai |
||
Dikhianati dengan harga 30 keping wang perak e |
||
Ditinggalkan sahabat-sahabatnya |
||
Dituduh oleh saksi-saksi palsu |
||
Tetap diam semasa dituduh |
||
Diludahi |
||
Kepalanya dipukul |
||
Dicambuk |
||
Membiarkan orang memukulnya |
||
Para pemimpin kerajaan bersepakat untuk menuduhnya |
||
Tangan dan kakinya dipaku pada tiang |
||
Orang membuang undi untuk pakaiannya |
||
Dipandang sebagai pendosa |
||
Ditertawakan, dicemuh |
||
Menderita demi orang yang berdosa |
||
Seolah-olah ditinggalkan oleh Tuhan |
||
Diberi cuka dan bahan pahit sebagai minuman |
||
Rasa dahaga sebelum mati |
||
Menyerahkan nyawa kepada Tuhan |
||
Menyerahkan nyawanya |
||
Menjadi tebusan untuk menghapus dosa |
||
Tulang tidak dipatahkan |
||
Ditusuk |
||
Dikebumikan bersama orang kaya |
||
Dibangkitkan dari kematian |
||
Tugas pengkhianat diambil alih oleh orang lain |
||
Duduk di sebelah kanan Tuhan |
a McClintock dan Strong menyebut tentang hal berikut dalam buku Cyclopedia: “Hampir tiada keraguan bahawa catatan salasilah suku dan keluarga Yahudi dimusnahkan sewaktu Yerusalem dibinasakan, dan bukan sebelumnya.”
b Nama Ibrani Imanuel bermaksud “Tuhan Menyertai Kita,” dan nama ini menggambarkan peranan Yesus sebagai Mesias. Kehadirannya di bumi dan perbuatannya membuktikan bahawa Tuhan menyertai para penyembah-Nya.—Lukas 2:27-32; 7:12-16.
c Istilah “orang Nasaret” nampaknya berasal daripada perkataan Ibrani neʹtser, yang bermaksud “tunas.”
d Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai tahun 29 M sebagai tahun kedatangan Mesias, lihat rencana “Nubuat Daniel tentang Ketibaan Mesias.”
e Nubuat ini terdapat dalam buku Zakharia, tetapi Matius berkata bahawa nubuat ini “dikatakan menerusi Nabi Yeremia.” (Matius 27:9) Hal ini kerana buku Yeremia ada kalanya dianggap sebagai buku pertama bagi bahagian Ayat-Ayat Suci yang dipanggil “Ajaran Para Nabi.” (Lukas 24:44) Jadi Matius menggunakan “Yeremia” untuk merujuk kepada seluruh bahagian itu, yang juga termasuk buku Zakharia.