Lompat ke kandungan

18 SEPTEMBER 2019
KOREA SELATAN

Keneutralan Saksi-Saksi Yehuwa di Korea Selatan—Sejarah tentang Iman dan Keberanian

Keneutralan Saksi-Saksi Yehuwa di Korea Selatan—Sejarah tentang Iman dan Keberanian

Sejak 1953, saudara muda di Korea dipenjarakan kerana enggan menyertai khidmat tentera. Lebih daripada 19,000 orang saudara telah menghabiskan sebanyak 36,000 tahun dalam penjara kerana iman mereka. Namun pada 28 Februari 2019, semua saudara yang dipenjarakan telah dibebaskan. Apakah hal yang menyumbang kepada kemenangan yang bersejarah ini? Mari kita lihat pengalaman saudara kita di Korea yang menunjukkan keberanian dan iman yang teguh.