Lompat ke kandungan

Bagaimana jika Ibu Bapa Saya Mahu Bercerai?

Bagaimana jika Ibu Bapa Saya Mahu Bercerai?

Apa yang dapat kamu lakukan

 Luahkan perasaan kamu. Beritahulah ibu bapa kesedihan dan kekeliruan yang kamu alami. Mungkin mereka dapat menjelaskan keadaan sebenar dan mengurangkan keresahan kamu.

 Jika ibu bapa kamu tidak memberikan sokongan yang kamu perlukan, bercakaplah dengan seorang kawan yang matang.—Amsal 17:17.

 Yang paling penting, “Pendengar doa” kita iaitu Bapa di syurga bersedia untuk mendengar isi hati kamu. (Mazmur 65:2) Luahkanlah perasaan kamu kepada-Nya “kerana Dia mengambil berat tentang kamu.”—1 Petrus 5:7.

Apa yang tidak patut dilakukan

Hati yang terluka akibat perceraian ibu bapa bagaikan seseorang yang patah tangan. Untuk mengubatinya memang tidak mudah, tetapi akhirnya kamu akan pulih

 Jangan berdendam. Ibu bapa Daniel telah bercerai semasa dia berumur tujuh tahun. Daniel berkata, “Ibu bapa saya hanya pentingkan diri. Mereka tidak fikir tentang kami dan kesan perbuatan mereka terhadap kami.”

 Apakah akibat buruknya jika Daniel enggan mengatasi kemarahannya dan terus berdendam?—Petunjuk: Baca Amsal 29:22.

 Mengapakah bermanfaat bagi Daniel untuk memaafkan ibu bapanya atas perbuatan mereka yang telah menyakitinya?—Petunjuk: Baca Efesus 4:31, 32.

 Elakkan perbuatan yang memudaratkan. “Selepas ibu bapa saya bercerai, saya sangat sedih dan menjadi murung. Saya ada banyak masalah di sekolah. Saya gagal dalam pembelajaran dan tidak dapat naik ke tahun seterusnya. Kemudian, saya selalu bergurau senda dan bergaduh dengan orang,” kata Denny.

 Pada pendapat kamu, mengapakah Denny selalu bergurau senda dan bergaduh dengan orang?

 Bagaimanakah prinsip di Galatia 6:7 dapat membantu orang seperti Denny untuk mengelakkan perbuatan yang memudaratkan?

 Masa diperlukan untuk mengubati hati yang terluka. Apabila kamu beransur-ansur kembali kepada rutin hidup kamu, kamu akan rasa normal lagi.